Monday 10 December 2012

Sedekah!!!


Pagi tadi saya pergi ke pasar borong selayang untuk membayar yuran pengajian politeknik di bank islam. Ketika berjalan ke sana,sekali lagi hati saya luluh melihat pengemis dan peminta sedekah di tepi-tepi jalan. Tidak kurang juga ada yang meminta atas nama madrasah. Wallahua’lam.


Sewaktu saya berjalan itu juga,kepala saya b’fikir seperti kebiasaan. Kenapa islam di letak begitu hina,dahulunya megah!! Sehingga ada sewaktu ketika tiada umat islam yang layak untuk menerima zakat. Saya berasakan begini kerana kebanyakan yang meminta sedekah ini ialah orang melayu dan juga islam.



Kemana hilangnya kekayaan islam?? Ke mana duit-duit zakat?? Kenapa manusia lebih ditekankan tentang pembayaran cukai pendapatan berbanding pembayaran zakat?? Kenapa pemimpin kita seorang islam tidak perangi meraka yang tidak membayar zakat seperti yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq??


Di dalam mereka yang memang tidak berkemampuan dan memilih jalan untuk meminta sedekah. Ada juga yang mengambil kesempatam dengan berpura-pura dan juga membuat satu rangkaian di mana. Mereka menghantar kanak-kanak untuk meminta sedekah dan si bapa menunggu anaknya membawa habuan tanpa membuat apa-apa.
Di sini bukanlah saya hendak melarang perbuatan sedekah kerana ianya suatu perbuatan yang murni. Tetapi alangkah indahnya jika kita menjadi golongan yang memberi daripada menjadi golongan yang menerimanya!!


Jadi janganlah kita berhenti bersedekah,membantu yang memerlukan. Utamakan dahulu kenalan rapat yang begitu memerlukan. Jangan risau kerana bersedekah bukan akan mengurangkan harta kita sebaliknya ianya akan membawa berkat. Allah juga berfirman seperti berikut “Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) karena kamu memberikan sedekah sebelum mengadakan pembicaraan dengan Rasul? Maka jika kamu tiada memperbuatnya dan Allah telah memberi taubat kepadamu maka dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (58:13)

Janji Allah itu pasti,janji Rasul juga pasti. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyebut tentang sedekah tidak kurang juga hadis baginda SAW. Jadi perbanyakkanlah sedekah,elakkan menjadi peminta sedekah. Wallahu’alam..


Sunday 25 November 2012

SEMESTER 2 (PART 3)


Sedar tak sedar da abis semester 2 ni.. Dan da smpai 3 part cite bnda ni…

Semester ni memang satu semester yang agak mencabar… Dari segi iman,nafsu dan juga pembelajaran.. Paling ketara ujian nafsu la…

Semester ni aku di uji dengan ujian nafsu yang kdg2 wat aku menyesal je memanjang.. Tak t’tanggung rasanya kdg2..

Tapi dengan ujian 2 jugalah aku semakin dekat dengan Maha Pencipta.. Tapi yang kecewanya iman 2 x selalu kekal.. Selalu sgt turun dan membimbangkan.
Banyak kali aku cuba putuskan dengan ujian nafsu ni.. Tapi dye tetap dtg.. Termasuklah sekarang.. Kembali datang..

Sebabkan itu jugalah aku mula ingin bergiat aktif di dalam PEMBINA. Dekat situ aku dah pergi 2 program cinta.. Yang kadang2 buat aku tercengang.


Yang pertama di USM . Program Selangkah Ke Gerbang Perkahwinan..

Yang Kedua Pula Di PTSB dan di sini tuk pertama kalinya menjadi AJK program besar mcm ni.. Bertajuk CAFÉ CINTA.

 IM Nazrul yang mengelolai slot CINTA OH CINTA bersama Akhi Ridhwan pengarah proram CAFÉ CINTA.


IM Nazrul sedang menyampaikan ceramah beliau.. Suaranya pn mantap!!

Gambar kesemua peserta café cinta. Sepatutnya lebih ramai tetapi ada yang membatalkannya last minute. Ni satu2nya gmbr yang ada aku. Jd org belakang tabir je..

Tetapi melalui PEMBINA juga aku byk mengenal manusia2 yang hebat. Bkn sahaja hebat dgn keduniaan tetapi dgn ilmu ketuhanannya juga. Ada yang bekerja sebagai jurutera,doctor,ahli perniagaan,guru dan byk lagi.

Ada 1 lagi program terhebat PEMBINA yang aku dan akmal faris join. Iaitu program Muslim Youth Camp (MY Camp). Program ni di adakan sewaktu kitaorang study week.

Time 2 jugaklah sume kwn2 sibuk siapkan tugasan AutoCad.
Program ini diadakan selama 3hari 2 malam. Dengan tema Let’s be tough. Tp mmg tough la.. Smpai ada yang mntah bila buat aktiviti iron man.
Program ni di adakan di Monkey Beach,Pulau Pinang. Tempat yang sama cite PE3 di lakukan. Tempat dye mmg TERBAIK!!


Lebih gmbr!!
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.350145831748485&type=1

waktu aktiviti iron man..


Ni antara gambar yang sempat di ambil waktu nak balik sebab handphone kene bagi kat urusetia waktu program.

Tetapi di dalam sibuk beraktiviti. Pelajaran tidak di lupakan walaupun not as a best student
.
Macam yang da diberitahu dalam post part 1. Penangan byk kelas batal mula terasa bila di akhir2 semester dlm  sebulan sebelum final exam. Tengah study week pun ada kelas ganti. Kalu subjek final bleh la lagi terima. Ini subjek yang x masuk final pun. (AutoCad.. Woi!! Nak amik anak aku woi!!)

Akhir sekali lagat kawan2 bila study last minute.. Time Paper math je sume pakat study berhari2.. Yang lain sume study mlm yang esoknya da kene jwb paper 2..

Bnda ni buat aku rasa mcm aku ni final 1 paper je ke?? Yang lain xde fnal kot. Padahal paper lain lagi susah kot.

time study digital electronics.. last paper sebelum merdeka!!

Alhamdulillah,hari ni kesemua kertas final telah dijawab. Ada yang baik dan ada juga yang kurang. Berserah je la.. Harap xde yang gagal.



rupa umah waktu sehari sebelum pulang ke kampung.. (Bandar sebenarnya!!)

Akhir sekali,mengharapkan semester 3 lebih baik dari sebelumnya. Sedar x sedar post2 ni macam da lari je dari matlamat sbnrnya kewujudan blog ni.. hu3..
As’salam..
















Saturday 24 November 2012

SEMESTER 2:Housemate (PART 2)


Dalam post sebelum ni telah di ceritakan tentang pengalaman di rumah sewa.. Dalam perkongsian itu cukuplah sekadar yang manis sahaja..
Sebelum itu lupa nak memperkenalkan housemate2 ku yang terbaik..

1st  housemate ku yang handsome ni  namanya Muhammad Isa Bin Samari


2nd Muhammad Faris Bin Redzuan dia ni merangkap roommate ku skali..


3rd yang ni pulak Muhammad Arif Bin Zakaria.. Nampak je macam ni.. Otak pandai..


4th yang ni pulak namanya Bob. Nama betul dia Muhammad Amirul Asyraf Bin Mohd Nazir.



5Th yang ni pulak Muhammad Afiq Bin Arfandy.. Dekat rumah dia kuat betul berdebat tapi dia mesti sorang2 sebab kadang2 dye berdebat tanpa fakta pun.

6th yang sebelah aku ni pulak Norakmal Faris Bin Khairuddin. Dia ni pun bkn calang2 org.. Abg dia ni pun someone dlm negara kita.. Dah Mengaharumkan nama negara kita di persada dunia. Kalu korang perasan nama ayah dia la..


7th yang ni pulak Muhammad Arif Bin Samsudin dia ni mmg di gilai perempuan ni..


8th yang pelahap ni Muhamad Zulhelmi Bin Azhar.. Dia nmpk je mcm ni.. Tapi famous kot dlm taekwondo,bbm,facebook dan twitter saing2 artis..


Di dalam kita bersuka ria dan kenakalan kami solat mestilah diutamakan.. Suruhan Allah No1.. InsyaAllah...

Ada sambungan lagi!!! HA3...




SEMESTER 2: Rumah Sewa (PART 1)



Berada di Politeknik Sultanah Bahiyah mengajar aku 1001 pengajaran yang mungkin aku x dapat di tempat lain…


Semester ni aku bermula dengan terlalu baik yang membawa derita sepanjang semester kedua ni.. Dengan kelas memanjang xde sampai lebih kurang separuh semester ni.. Waktu tggl lagi kurang dari sebulan tuk final pun lecturer semiconductor bleh g kursus selama 3 minggu kot.. Waktu tu banyak reaksi yang lahir dari rakan2 yang kebanyakannnya mestilah happykan..
Pada tarikh 11.7.2012 aku mula menetap di rumah sewa yang berada di kulim utama.. Rumahnya serba sederhana sahaja..

Gambar ni di ambil sewaktu mak dan ayah aku nak blek kl da.. Amik ala kadar je..



Ini pulak bilik aku.. sederhana je..




Dekat rumah sewa ni byk bnda yg aku blajar cthnya mcm uruskan duit belanje sbb dah hidup 1 rumah ni x boleh nak berkira sgt..
Ni lah sedikit flow money aku..



Dekat rumah sewa ni gak la aku byk belajar memasak dan Alhamdulillah.. Dalam byk2 cubaan memasak aku semuanya menjadi.. Siap boleh hidang tuk tetamu lagi bkn makan tuk kitaorg je..


Ni sume penangan kepunan x dpt mkn time jamuan JKE..

Ni masakan kitaorg time exam.. Lempeng.. gmbr ni di ambil time tgh menulis blog ni la.. last day..Yang ni byk kali experiment bab x berapa nk jadi..


Tapi sem ni mmg byk berjalan.. Pergi Sedim la,Bukit Merah,Pulau Pinang,Sungai Petani,Alor setar n byk lagi la.. Bnda2 ni la yg byk wt duit aku short.. ha3.. Tp puas hati..


Untuk lebih lagi jom tgk part 2 lak.. HA3!!!

Friday 21 September 2012

Mengembalikan Produktiviti Diri


Ramadhan dan syawal telah pun meninggalkan kita. Ramadhan akan datang belum tentu lagi untuk kita bertemu dengan bulan yang mulai itu, bulan di mana 1001 rahmat dikurniakan kepada semua manusia… Tidak kiralah mereka itu beriman atau tidak.

Tidak pernah terlintas ke dalam fikiran kita untuk mengembalikan suasana iman seperti di bulan Ramadhan yang lalu, dengan kita aktif beribadat serta tidak melupakan dunia. Rumah-rumah Allah sentiasa penuh, orang ramai sibuk mambaca Al-Quran dan orang ramai berlumba-lumba melakukan ibadat sunat.

Adakah rahmat Allah itu hanya ada di bulan Ramadhan?? Adakah Allah hanya ada di bulan Ramadhan?? Pastinya tidak bukan.. Allah sentiasa mengurniakan rahmatNya kepada hamba2nya yang terpilih... Tetapi kenapa kita lebih memilih untuk menjadi hamba Ramadhan daripada menjadi hamba Allah??

Berakhirnya Ramadhan, surau dan masjid terus menjadi lengang dari pengunjungnya melimpah ruah hingga ke luar surau dan masjid. Ke mana kesemua jemaah ini?? Sibuk beraya ke?? Tapi sekarang bulan Syawal juga sudah meninggalkan kita bukan?? Habis di mana kesemua manusia ini??

Perkara ini sebenarnya kita sendiri mengetahuinya. Mereka lebih memilih untuk bersolat sendirian dari pergi ke rumahNya yang sentiasa terbuka untuk menyambut tetamunya dari golongan manusia yang beriman. Kenapa semua ini terjadi?? Ada juga yang segelintir daripadanya berakhirnya ramadhan, Solat di tinggalkan dan Al Quran kembali menjadi hiasan di rumah.

Nauzubillah, beginikah umat nabi Muhammad SAW?? Di saat ini ramai daripada kita yang marah kerana terhasilnya filem murahan yang bertajuk Innocent Of Muslim bertemakan penghinaan kepada Nabi kita Muhammad SAW.

Tetap Sedarkah kita,sebenarnya kita umat islam yang lebih teruk menghina islam,menghina syariat islam dan mengkhianati risalah Nabi Muhammad SAW dengan melakukan pelbagai maksiat. Dengan wanitanya yang membuka aurat,pergaulan bebas dan banyak lagi. Bukankah ini lebih teruk penghinaannya kepada Nabi dan Agama kita Islam.. Kenapa tidak di adakan rusuhan yang lebih besar untuk membantah kesemua perbuatan ini, bantah untuk menutup tempat-tempat maksiat!!!

Fikir-fikirkanlah... Kita mengaku sebagai negara islam dan merdeka.. Tetapi pemikiran dan budaya kita sentiasa di cengkam oleh penjajahan Yahudi.. Kita sebagai manusia yang kerdil ini hanya mampu berdoa agar dikurniakan pemimpin yang betul-betul mampu untuk mengembalikan kegemilangan islam..

Monday 17 September 2012

Innocent Of Muslim????

Baru-baru ini kita digemparkan dengan rusuhan besar-besaran oleh umat islam di serata dunia..
rusuhan ini dimulakan di negara Mesir, di ikuti negara Libya dan negara2 islam di serata dunia..
rusuhan ini juga mengakibatkan seorang duta amerika di libya terbunuh...


Filem ini sebenarnya di terbitkan dan dilakonkan oleh orang amerika syarikat..
rusuhan ini terjadi kerana filem ini telah menghina Nabi Muhammad SAW..
ianya secara terang-terangan menghina nabi..
Video ini juga disebarkan melalui youtube secara besar-besaran...

Matlamat rusuhan ini ialah untuk pihak kerajaan Amerika mengambil tindakan atas video tersebut..
malangnya tiada sebarang tindakan yang di ambil..
dan umat islam meminta pihak Amerika syarikat memohon maaf...
Tetapi baru-baru ini pengarah filem ini telah menyerah diri kepada pihak berkuasa..
selepas itu seperti sepi.. tiada berita tentang hukuman yang bakal diterima..

Tetapi bagi ana rusuhan bukanlah cara yang terbaik..
kerana mungkin inilah yang merekan inginkan...
ibarat anjing menyalak ke bukit...
tiada sebarang kesan yang terjadi...

Sebaliknya, jika kita membalasnya dengan membuat ibadat ianya lebih mulia...
seperti kita memenuhi Rumah2 Allah di waktu subuh..

biar kita lihatkan perkara ini kepada org kafir yang islam ini tidak lagi lemah...
biar mereka kesemuanya mati terkejut!!!
Sakit Jantung!!!

LARI BERTEMPIARAN MENCARI TEMPATBERSEMBUNYI???
kerana islam sekarang sudah bangkit!!!

Takbir!!!!


jika ada sebarang kesilapan bolehlah membuat sebarang comment...
untuk kita sama2 memberi maklumat yang lebih tepat...



Thursday 13 September 2012

Di sini bermulanya...

Assalamualaikum...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW..
Kerana dialah kita mengecapi tamadun yang sebenar...


Syukur Alhamdulillah...
Akhirnya dapat juga saya membina 1 blog untuk perkongsian kita bersama..

Blog ini sebenarnya sudah lama dibuat..
tetapi tidak pernah berkarya dan berkongsi maklumat dan ilmu yang ada..
Berkat dengan tercampaknya diri ni ke dalam kelab komputer..
akhirnya terbina sudah la blog ini...

Jika kami tidak ditugaskan untuk membina sebuah blog sebagai tugasan...
rasa2nya.. xkan siap blog ni..
Sebab malas... HA3...

Tapi berkat terbukanya laluan ni..
Ana akan terus berkongsi ilmu yang ada dan mengolah serba sedikit karya agama lain..
Mengikut kemampuan ana..
ini kerana banyak karya yang menarik di tulis di dalam bahasa inggeris..
dengan ilmu ana yang serba kekurangan ini..
Ana akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi...